Followers

Tuesday, March 30, 2010

Bday Kek Mertua Kak Devika


Bday kek tuk mertua kak Devika.Kak Devika request tak nak banyak krim so ayu menimizekan penggunaan krim kat kek ni.

Reza Bday Cake


Kek ni ditempah oleh kawan-kawan Reza tuk bday Reza.Reza ni merupakan customer yang setia order kat ayu.Reza nak kek dia ada barbie doll guna baju macam Reza guna masa function ahritu.Hepi bday Reza.Harap Reza suka kek ni.

Friday, March 26, 2010

Cupcake Adik Ipau Suria


Cupcake ni Suria tempah untuk adik ipaunya yang masih study di UKM.Cupcake ni tuk dibawa balik ke UKM. Suria serahkan all deco & warna kat Ayu janji semua nama ada kat dalam deco Ayu tu.Inilah hasilnya setelah ayu fikir macam mana nak deco cupcake ni.

Monday, March 22, 2010

ROSLIND BDAY CAKE


Bday cake tuk Roslind sempena bdaynya yang ke 33.Kawan Roslind yang tempah tapi dia tak beritahu ayu tema dan nak deco camne.Ayu pilih warna biru kerana sebelum ni ramai sangat order warna merah sampai ayu mata ayu pun dah kelam tengok warna merah.he3 Ni lah hasil orang belum baik batuk deco cake.Hepi bday Roslind.

Friday, March 19, 2010

Kek Coklat Moist


Bday kek ni Kak Marutheye kawan opis ayu order tuk sambut bday anak sulongnya. Ayu deco simple je coz Kak Marutheye tak nak banyak krim.

Monday, March 15, 2010

Kek Fondant


Ni hasil kek fondat yang ayu belajau dengan sifu Lynn Hassan.Banyak ilmu yang dipelajari & dapat belajau awt ros gak dari gumpaste memang seronok walaupuan penat & demam. Sehari sebelaum kelas ayu demam & lepas balik kelas pun ayu demam tapi ramai puji kek ni cantik & elegant.Tq sifu

Thursday, March 11, 2010

Cupcake Hantaran


Cupcake hantaran ni butter cake perisa oren.Cupcake ni Reza tempah tuk wedding kawannya.Tema merah + putih.Ni lah hasil yang ayu dapat wat malam tadi.Best je deco cucpake ni rasa seronok sangat-sangat.Harap Reza dan kawan puas hati ye.

Tuesday, March 9, 2010

Kek Bday


Kek ni butter kek coklat ditempah oleh Punitah untuk bday Ranjini.Dia minta ayu letak ros merah & rahsiakan kek ni dari pengetahuan kawan dia coz dia nak wat surprise pukul 12mlm ni. Ayu harap dia suka ngan kek ni & berjaya membuat surprise.

Sunday, March 7, 2010

Cupcake Bday Fadzrina


Cupcake ni mak cik ayu order sebanyak 30pcs.Ada lagi 5pcs ayu tak ambil gambar coz tak muat nak masukkan dalam kotak ni.5pcs tu ayu wat tulisan 'Happy Birthday Fadzrina'.Cupcake ni nak wat makan-makan kat sek,rumah & cikgu. Mak cik tak kisah ayu nak deco camne so ayu wat campur-campur.Bunga-bunga tu sesuai tuk cikgu-cikgu cousin ayu.Cupcake ni kek butter strawberry.Ayu guna krim dan coklat krim tuk hias cupcake ni.

Tuesday, March 2, 2010

Kek Comel











Reza tempah kek comel ni 2set tuk kawan-kawannya.Reza tak beritahu ayu nak color pe jadi ayu wat je color ni.Harap reza & kawan-kawan suka ye.